Mengungkap Kejahatan Bukan Ghibah Terlarang
Ustadz Muamar Ma'ruf
Bagaimana kalau kita mengghibah koruptor? Jemaah yang dikasih oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, kita mengghibah koruptor... Pencuri tak pencuri, koruptor kan pencuri kan? Sebenarnya tak boleh. Tetapi kalau dengan ghibahnya tersebut menyebabkan hukum jatuh kepadanya dan terbongkar kejahatannya supaya tak ramai lagi mangsa, maka ini boleh.
Bukankah dalam hadist Nabi sallallahu alaihi wasallam katakan:
انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا
"Tolong saudaraku engkau yang dzalim dan terzalimi."
Kata sahabat, aku tolong kalau orang yang terzalimi. أَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ (Lalu orang yang dzalim macam mana aku nak tolong dia?). Kata Nabi sallallahu alaihi wasallam: تَمْنَعُهُ مِنَ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ (Engkau halang dia daripada berbuat kedzaliman, maka itu pun dah tolong saudara engkau).
Maksudnya apa? Koruptor ni dia sebab pencuri-pencuri duit rakyat ni, dia masih tahan tuh kenapa orang tak tahu. Kan yang hari ini yang baru-baru ni ada 74 kg kan emas kan? Selepas 74 kg emas tuh entah emas tuh asli entah tidak. Ha bimbang kita, takut cakap saja tak asli nanti kita bagi-bagi, kan takut kita bimbang juga kan?
Ternyata saya pernah tanya kepada orang yang di bidang cukai, saya tanya pada dia, ternyata itu sebagian yang tak viral. Ramai lagi yang tak viral. Kalau semuanya viral, kaya negara ini jemaah. Negara ini sangat kaya, kaya dan kaya, tapi semuanya habis dimakan... dimakan penjahat tikus-tikus. Tulah dia.
Dan kalau sekiranya dengan viral kita, akhirnya penjahat ini nampak keluar semuanya seperti cendawan di musim hujan, maka itu bagus dalam Islam. Ha jadi tak semuanya gosip itu yang salah. Ada yang dibetulkan, ada yang dibenarkan dalam Islam untuk perkara-perkara tertentu.
Satu lagi contoh seorang istri, dia didzalimi oleh suami dia, pergi ke mahkamah, lalu diceritakan kejahatan suaminya supaya selesai masalah, nak cerai ke macam mana, maka ini boleh dalam Islam. Ada perkara-perkara yang sebenarnya tak boleh, tetapi dalam perkara darurat, الضَّرُورَاتُ تُبِيحُ الْمَحْظُورَاتِ, perkara yang tak boleh boleh berubah menjadi... menjadi boleh pada waktu-waktu tertentu saja. Wallahu ta'ala a'lam bishawab.