Bolehkah Makan & Minum Sambil Berdiri Walau Cuma Sedikit?

Ustadz Muamar Ma'ruf

6 Agustus 2026

Dalam hadis riwayat Muslim, dilarang minum sambil berdiri. Apakah larangan ini untuk semua keadaan? Bagaimana dengan makan, apakah juga tidak boleh? Misal cicip kue tester, boleh berdiri? Kan cuma sebentar, Ustadz.

Bagus pertanyaannya. Dalam Islam, tak boleh makan dan minum guna tangan kiri, dan juga tak boleh makan dan minum berdiri, apalagi sambil berjalan. Siapa pun yang buat—Ustadz, orang awam, pejabat—tak boleh. Dan yang memberikan fasilitas, ini bertaawun dalam perbuatan yang dilarang oleh Allah dan Rasul.

Jadi macam mana kalau nak buat tester tu? Siapkan kursi. Ada beberapa kursi panjang, ada berapa untuk 5 orang tester. Ini dakwah kita kepada mereka. Mungkin hari-hari dia selalu makan minum berdiri. Nak tester nak makan, duduk-duduk. Sebab kenapa tak bagi duduk? Bimbang nanti testernya habis, seronok nak tambah lagi. Itu yang dia buat bimbang, akhirnya dibagi orang berdiri. Itu tak boleh.

Bila kita dakwah lagi, inilah peluang dakwah. Orang yang tak paham dengan sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam akan paham dengan sunnah dengan cara seperti ini. Esok yang berdiri-berdiri, tolong bagi kursi dia, jangan sampai ada yang berdiri. Selepas ni saya lihat, tambah lagi kalau divideokan, divideokan lalu dishare. Yang buat tu apalagi tuan guru, lalu diconto oleh orang lain, mencontoh sesuatu perkara yang buruk, takut kita bimbang ini menjadi dosa jariyah.

Lalu macam mana dengan minum zamzam berdiri? Ah, ini jadi masalah, ini spesial. Tapi Nabi bukan katakan, "Hei minum zamzam para sahabat berdiri," tak. Cuma Nabi pernah ketika dibagi minum zamzam, Nabi berdiri. Oleh sebab itu, para ulama-ulama dikatakan apa? Ketika zamzam boleh berdiri, yang lain tak. Tapi Nabi tak menyuruh, "Eh kalian berdiri," tak. Cuma Nabi pernah berdiri ketika minum zamzam. Selainnya duduk. Apa susahnya duduk, Jemaah? Apa susahnya? Oke, itu cara dia.

Allahu ta'ala a'lam bishawab.